Catatan

Puisi Silat & Pahlawan - Pusaka Hanafi.

Seni Silat, Ia bkn lambang kudrat, Tetapi, Dialah perisai satu adat, Zuriat dan daulat. Seni silat seni pusaka, Ia tidak cuma perisai jiwa, Malah, Dialah obor pembakar semangat waja, Dialah benteng wujud dan wibawa, Sebuah bangsa dan nusa, Dan mungkin, Akan mennjadi benteng-benteng sisa, Utk melaung, "Tak melayu hilang di dunia" Kerana silat dan perwira, Semanngatnya keras besi waja, Seteguh kota melaka, Bak kata sumpah mereka, "Kalau roboh kota melaka, Papan di jawa kami dirikan, Kalau sungguh bagai dikata, Badan dan nyawa kami serahkan" Jika ada yang bertanya, Perlukah lagi silat di zaman serba maju? Jawablah.. Ya! Selagi ada melayu.. Jika ditanya lagi, mampukah silat menangkis peluru? Jawablah. Silat kami bkn utk menangkis peluru.. Dan jika ditanya lagi, bukankah itu membuang waktu? Katakanlah. Tidak, kerana silat juga mampu menjaga waktu.. Ia menjaga waktu agar tidak terlena, ia menjaga waktu agar tidak tertinggal bahtera, Ia mnjaga waktu agar tidak disisih arus...

Ketangkasan Seni Silat, Cerminkan Nilai Warisan Budaya

Imej
     Seni  silat indah dengan kelembutan bunganya dan kesopanan gerakannya, namun di sebalik kelembutan dan kesopanan itu, ia juga mempunyai ketangkasan dan keunggulan .  Sebuah warisan bangsa yang sudah diturunkan sejak berkurun lamanya oleh nenek moyang kita.  Justeru itu, di dalamnya mempunyai kehalusan yang melambangkan nilai-nilai kemelayuan yang melahirkan wira-wira Melayu yang dahulunya menjadi kemahiran untuk melindungi diri sendiri dan keluarga, menjaga negara dan keamanan, serta melindungi Raja dan Keluarga Diraja.

Keberanian

Imej
       Keberanian merujuk kepada  sikap dan kesungguhan yang dengannya seseorang menghadapi dan bertindak balas terhadap situasi bahaya , ketakutan atau risiko. Keberanian juga  merupakan kebajikan bagi manusia yang memaksa untuk melakukan sesuatu tindakan  walaupun merasa takut dan takut akan kesulitan dan risiko yang harus diatasi. Ini adalah sebahagian dari kekuatan dalaman yang dimiliki oleh individu untuk bertindak balas terhadap situasi yang melibatkan menghadapi ketakutan atau risiko.   Keberanian merupakan satu di antara sifat unggulan yang perlu dimiliki setiap orang. Berani menegakkan keadilan, walau mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian." - Buya Hamka

APABILA PROFESIONAL MENULIS

Imej
       Buku apabila profesional menulis merupakan sebuah buku yang dapat memberi banyak manfaat kepada saya sebagai seorang pelajar kerana di dalam buku ini mempunyai banyak contoh karya cerpen yang menarik. Melalui buku ini saya dapat menambahkan pengetahuan saya tentang cara untuk menghasilkan sebuah cerpen yang dapat menarik perhatian pembaca. Buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan bagi seseorang yang ingin menulis cerpen.

ABDULRAZAK GURNAH

Imej
       Berdasarkan pembacaan saya Abdulrazak Gurnah ialah novelis dan ahli akademik . Beliau merupakan kelahiran Zanzibar. Abdulrazak dilahirkan pada tahun 1948. Beliau telah dinobatkan sebagai penerima Hadiah Nobel dalam Kesusteraan pada tahun 2021 hasil daripada karya penulisannya yang telah mengupas berkaitan dengan penjajahan dan pelarian. Abdul Razak Gurnah rajin membuat catatan tentang kepahitan hidup di negara asalnya. Tekanan sebagai pelarian yang dianggap rendah dan suaka, dihadirkannya dalam novel pertamanya Memory of Departure (1987). Bertebing dengan perasaan cinta terhadap tanah air, novel ini berjaya merakamkan pengembaraannya dan menghadapi segala kesukaran di negara orang. Saya sebagai seorang pelajar sangat mengagumi beliau kerana dapat menghasilkan pelbagai karya penulisan yang menarik.

Kekuatan Diri

Imej
       Sudah pasti setiap orang mempunyai cerita kehidupan mereka yang tersendiri. Liku-liku yang dihadapi membantu mematangkan diri. Jangan menyerah dan terus memikirkan kekurangan yang ada pada dirimu, kerana setiap kegagalan memberikan pelajaran untuk menjadi lebih baik.

Seni Mempertahankan Diri

Imej
                                                    Seni mempertahankan diri merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Ia merupakan kaedah tradisi berlawan tanpa senjata dan selalunya tanpa menggunakan senjata api atau senjata moden yang lain. Seni mempertahankan diri merupakan satu keperluan bagi semua orang terutamanya bagi golongan wanita untuk melindungi diri daripada ancaman musuh. Peribahasa melayu ada berkata, malang tidak berbau. Justeru, berbekalkan ilmu mempertahankan diri, kita dapat mempertahankan diri daripada ancaman.