Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2021

Seni Mempertahankan Diri

Imej
                                                    Seni mempertahankan diri merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Ia merupakan kaedah tradisi berlawan tanpa senjata dan selalunya tanpa menggunakan senjata api atau senjata moden yang lain. Seni mempertahankan diri merupakan satu keperluan bagi semua orang terutamanya bagi golongan wanita untuk melindungi diri daripada ancaman musuh. Peribahasa melayu ada berkata, malang tidak berbau. Justeru, berbekalkan ilmu mempertahankan diri, kita dapat mempertahankan diri daripada ancaman. 

Seni Silat Cekak Malaysia

Imej
        Sedikit perkongsian mengenai asal usul Silat Cekak Malaysia. Seni Silat Cekak Malaysia ini berasal dari Kedah.  Diamalkan oleh Panglima-Panglima Kanan Kerajaan Negeri Kedah untuk menghadapi pencerobohan dari luar negeri pada zaman pemerintahan Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin (1854-1879). Silat cekak ialah sejenis silat yang benar-benar asli dan bertanggungjawab mempertahankan diri.     Logo Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Sekaranglah waktunya untuk mencuba sesuatu yang baru

Imej
                                                Saya mempelajari subjek citra Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia pada sem ini. Hasil daripada belajar seni silat saya dapat mempelajari sesuatu perkara baru dalam hidup iaitu belajar mengenai Silat Cekak Malaysia. Sebagai seorang pelajar kita hendaklah sentiasa menceburi pelbagai bidang semasa sedang belajar agar dapat dijadikan pengalaman dalam hidup.

Pengenalan Blog

Imej
       Assalamuaikum dan selamat sejahtera berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan sebelum ini. Saya telah memilih bidang seni silat untuk dijadikan sumber ilham dalam menghasilkan cerpen. Disini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengunjungi dan membaca blog ini. Semoga perkongsian daripada blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Setakat ini sahaja untuk entri pengenalan blog semoga berjumpa di entri yang akan datang.