Puisi Silat & Pahlawan - Pusaka Hanafi.


Seni Silat,
Ia bkn lambang kudrat,
Tetapi,
Dialah perisai satu adat,
Zuriat dan daulat.
Seni silat seni pusaka,
Ia tidak cuma perisai jiwa,
Malah,
Dialah obor pembakar semangat waja,
Dialah benteng wujud dan wibawa,
Sebuah bangsa dan nusa,
Dan mungkin,
Akan mennjadi benteng-benteng sisa,
Utk melaung,
"Tak melayu hilang di dunia"
Kerana silat dan perwira,
Semanngatnya keras besi waja,
Seteguh kota melaka,
Bak kata sumpah mereka,
"Kalau roboh kota melaka,
Papan di jawa kami dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa kami serahkan"
Jika ada yang bertanya,
Perlukah lagi silat di zaman serba maju?
Jawablah.. Ya! Selagi ada melayu..
Jika ditanya lagi, mampukah silat menangkis peluru?
Jawablah. Silat kami bkn utk menangkis peluru..
Dan jika ditanya lagi, bukankah itu membuang waktu?
Katakanlah. Tidak, kerana silat juga mampu menjaga waktu..
Ia menjaga waktu agar tidak terlena, ia menjaga waktu agar tidak tertinggal bahtera,
Ia mnjaga waktu agar tidak disisih arus perdana..
Jika mereka terus bertanya, bagaimanakah silat mampu melakukan itu semmua?
Katakanlah.. Yang melakukan itu semua bkn silatnya tetapi manusia pengamalnya,
Silat cuma acuan, silat cuma jambatan, silat cuma semboyan, silat cuma pakaian..
Lahirnya Cekak kerana kesedaran,
Bkn bermusuh sbgai tujuan,
Demi mendaulat seni kebangsaan,
Bersesuaian dgn makna kemerdekaan.
Silat Cekak benar-benar asli,
Tidak bercampur hak luar negeri,
Hendaklah belajaar bersungguh hati,
Utk menjagaa diri sendiri.
Semoga Pusaka Hanafi maju damai di persada kemuliaan...
Mewarisi rangkaian wadah wadah ilmu dan warisan..
Dan semoga panglima dan srikandi..
Terus dilimpahi berkat dan kekuatan..
Memacu Pusaka Hanafi berkembang meniti zaman..
Di bawah lindungan dan nur ehsan.. Allah Ar-Rahman

Ulasan